Ahad, 20 Februari 2011

Kawan...

o        1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
     Mula-mula kejar... dah dapat sepak...
2) kawan tu bkn mcm main
SKATE .
     Mula-mula gosok.. . lepas tu pijak...
3) kawan tu bkn mcm main
RAGBI.
     Mula-mula tangkap.. . dah dapat tendang.. .
4) kawan tu bknnya mcm
PAMPERS .
     Dah pakai,buang.. .
5) kawan tu bknnya mcm
BARANG KEMAS .
     Waktu baru beli pakai. .. Dah sengkek gadai. ..
6) kawan tu bkn mcm
PELANGI .
     Hari cerah takde.. . hujan gerimis baru muncul...
7) kawan tu bkn mcm
KERETA .
     Rosak skit,jual. .. ambik kereta baru.. .
8) kawan tu bkn mcm
CHIPSMORE .
     kejap ade kejap takde.. .
9) kawan tu bkn mcm
BANK .
     Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik. ...
10) lagi...kawan tu mcm ape ye????

Haa.. . kawan tu mcm
AWAK LA . .
bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai
habis...dan tersenyum2...

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan...
bagi saya,kawan tu penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih,berduka dan sebagainya.
Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan
berbincang tentang pelbagai perkara.

Khamis, 3 Februari 2011

Perancangan Kewangan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Itulah persoalan yang ingin saya tanyakan kepada semua.
Sebenarnya jika mahu kejayaan dalam apa jua usaha - tidak kira
sama ada hendak berperang atau hendak menganjurkan majlis
menyambut tahun baru, semuanya memerlukan perancangan rapi.
Begitu juga jika mahu melaburkan wang.
Mereka yang matang, bijak dan pandai selalu berkata, kita tidak
merancang untuk gagal, tetapi ramai yang gagal untuk merancang.
Perancangan kewangan bukan sahaja memberi gambaran tentang
kedudukan kewangan kita yang terkini tetapi juga memberi hala
tuju masa hadapan kita dengan menetapkan matlamat kewangan, dan
dengan demikian membolehkan kita mencapai matlamat yang
diharapkan secara lebih efektif.
Sebelum meneruskan sebarang pelan pelaburan, kita perlu
menilai kedudukan kewangan sendiri, misalnya menilai perbelanjaan
yang perlu dan simpanan yang ada, supaya kita boleh
membuat keputusan berapa banyak yang boleh ditabung dan
dilaburkan.
Mungkin buat masa ini kita berbelanja sesuka hati dan pada
bila-bila masa sahaja tanpa memikirkan berapa baki wang yang
tinggal pada setiap hujung bulan.
Jika itu berlaku, kita perlu ambil tindakan sekarang dan
mula merubah tabiat sedemikian.
Ini penting kerana wang jika kita belanjakannya ia akan
meninggalkan kita buat selamanya.
Jadi, simpanlah sedikit untuk kegunaan pada masa hadapan yang
mana kita mungkin memerlukannya suatu masa nanti.Smile