Sabtu, 19 Mei 2012

gurindam seloka. fikir2kan renung2kan & selamat beramal

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Isnin, 7 Mei 2012

SELAMAT HARI BOMBA.....

ZIKIR AMALAN

ZIKIR 1
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

ZIKIR 2
munajatdua.jpg
Ertinya: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya.

ZIKIR 3
zikirtiga.jpg
Erti: Ya Allah, ya Tuhan kami, hindarkan kami daripada azab api neraka

ZIKIR 4
munajat3.jpg 
Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.

ZIKIR 5
 munajat4.jpg
Ertinya: Hamba meminta perlindungan dari-Mu ya Allah, dari syaitan yang kena rejam

ZIKIR 6
munajat5.jpg
Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segenap pujian untuk Tuhan Pemimpin alam semesta. Yang Pemurah dan Penyayang. Yang Memiliki- Memerintah hari akhirat. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.
 
ZIKIR 7
 munajat7.jpg
Erti: Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar – (33 kali)

ZIKIR 8
 munajat8.jpg
Erti: Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.

ZIKIR 9
munajat9.jpg
Erti: Maha Suci Tuhan (Allah). Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arasy, dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arasy langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya semua wajah-wajah sujud dan tunduk
kepada-Nya.

ZIKIR 10
 munajat10.jpg
Erti: Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia. Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada Allah, nur Muhammad s.a.w. - (5 kali)

ZIKIR 11
 munajat11.jpg
Erti: Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah – (10 kali)

ZIKIR 12
 munajat12.jpg
Erti: Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai – (5 kali)

ZIKIR 13
 munajat13.jpg
Erti: Hamba memohon keampunan kepada-Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat – (10 kali)

ZIKIR 14
 munajat14.jpg
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah - (3 kali). Muhammad Pesuruh Allah – (3kali).

ZIKIR 15
 munajat15.jpg
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah – (3 kali)

ZIKIR 16
 munajat16.jpg
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah yang Maha Pelembut – (8 kali)

ZIKIR 17
 munajat17.jpg
Erti: Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui – (3 kali)

ZIKIR 18
 munajat18.jpg
Erti: Ya Allah – (8 kali)

ZIKIR 19
 munajat19.jpg
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan – (3 kali).

ZIKIR 20
 munajat20.jpg
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami menyesal ya Allah – (3 kali).

ZIKIR 21
 munajat21.jpg
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah – (3 kali).

ZIKIR 22
 munajat22.jpg
Erti: Ya Allah. Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami ya Allah atas agama Islam – (3 kali)

ZIKIR 23
 munajat23.jpg
Erti: Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan tuan kami Nabi Muhammad. Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuangnya.

ZIKIR 24
 munajat24.jpg
Erti: Telah pun muncullah bulan purnama atas kami. Dengan puji-pujian (sanjungan) kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran kami ajukan. Seruan Allah kami serukan.

 ZIKIR 25 (terakhir)
 munajat25.jpg
Erti: Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya berserta salam – (2 kali)