Rabu, 26 Jun 2019

One Day

if one day you feel like crying,
call me...
i don't promise i'll make you laugh
but i can cry with you....

if one day you want to run away
don't be afraid to call me
i don't promise to ask you to stop
but i can be with you

if one day you don't want to listen to anyone
call me...
i promise to be there for you
and i promise to be very quiet

but if one day you call
and there is no answer
come fast to me
perhaps i need you.....
that is the day you might not see me again... forever....

Please forgive me.
Al Fatihah for me.

Isnin, 21 Januari 2019

Ambilah Waktu Selayaknya Untuk...

🌹🍃 *Berfikir,* itu adalah sumber kekuatan.

🌹🍃 *Bermain,* itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

🌹🍃 *Berdoa,* itu adalah sumber ketenangan.

🌹🍃 *Belajar,* itu adalah sumber kebijaksanaan.

🌹🍃 *Cinta mencintai,* itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah kepada manusia.

🌹🍃 *Bersahabat,* itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

🌹🍃 *Tertawa,* itu adalah muzik yang menggetarkan hati.

🌹🍃 *Memberi,* itu adalah membuat hidup terasa bererti.

🌹🍃 *Bekerja,* itu adalah nilai kejayaan.

🌹🍃 *Beramal,* itu adalah kunci menuju syurga.

Isnin, 14 Januari 2019

HATI YG MATI

**TANDA HATI SUDAH MATI**
Peringatan buat diri sendiri..

1. **Berani Meninggalkan Sembahyang**

Sembahyang lima (5) waktu wajib dilakukan sepanjang hayat dan sengaja meninggalkan satu sembahyang sahaja pun maka dosanya sangat besar dan bergelar ia dengan nama fasiq. Orang yang tidak sembahyang akan diazab di dalam kubur, di padang mahsyar dan di dalam neraka. Orang yang telah mati hatinya tidak merasa bimbang sedikit pun dengan azab yang sedang menungggunya.

2. **Merasa Tenang Walaupun Setiap Hari Melakukan Dosa**

Firman Allah :
‎كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوْبِهِمْ مَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ
“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.” (Al-Muthaffifin : 14)

3. **Jauh Dari Al-Quran**

Tidak ada masa dalam hidupnya untuk membuka Quran, membaca dan memerhatikan maknanya. Sepanjang masa sibuk dengan perkara lain yang dianggap lebih baik dari membuang masa membaca dan memerhatikan makna Al-Quran.

Firman Allah :
‎أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
“Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan Al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.” (Muhammad : 24)

4. **Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama**

Firman Allah :
‎أُولَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
"Mereka itulah orang-orang yang hati mereka,  telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai” (An-Nahl : 108)

5. **Hidupnya Hanyalah Membuat Sangkaan Buruk Kepada Orang Dan Mencari Salah Orang**

Firman Allah :
‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا
“Wahai orang-orang yang beriman. Tinggalkan perangai suka sangka buruk kerana sangka buruk itu adalah dosa dan jangan kamu mencari-cari salah orang lain.” (Al-Hujurat : 12)

6. **Tidak Suka Mendengar Nasihat**

Firman Allah :
‎وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sungguhnya akan Kami isikan dalam neraka Jahanam ramai dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai dari mendengar kebenaran.” (Al-A’raf : 179)

7. **Tidak Takut Dengan Mati dan Azab Kubur**

Firman Allah :
‎وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya (mereka berkata), “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal solih. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin (tetapi mereka sudah terlambat)." (As-Sajadah  : 12)

Wallahua'lam

Ahad, 13 Januari 2019

Cerita Boikot Cara Rasul

6 RAHSIA STRATEGI RASULULLAH DALAM MEMBOIKOT PERNIAGAAN YAHUDI NON MUSLIM & MEMBANGUNKAN EKONOMI MASYARAKAT MADINAH

Teringat saat berpeluang buat umrah tahun lepas.. sempat pergi melawat SUOQ AL MANAKHAH atau Pasar Madinah, lokasinya hanya bersebelahan ngan Masjid Nabawi.. pasar ini ada kisah tauladan yang menarik untuk saya nak kongsi 😊..

kisahnya bermula selepas penghijrahan Rasulullah dan Para Sahabatdari Makkah ke Madinah Al-munawwarah.. perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi adalah membina Masjid tanda kesatuan Ummah serta mempersaudarakan diantara golongan Muhajirin dan Ansor, setelah itu Nabi mula mengikat perjanjian keselamatan dengan  masyarakat sekeliling kejiranan Madinah,  dan sesuatu yg sangat menarik lagi,  Nabi mula membangunkan ekonomi Ummat islam Madinah dengan membina PASAR WAQAF Madinah yg islamic..

Pada ketika itu Ekonomi masyarakat Madinah sudah lama di monopoli oleh puak YAHUDI, merekalah kaum pengeluar, kaum pemborong dan juga kaum peniaga..  Mereka pemilik kebun2 besar di Khaibar..  Pasaraya besar dan masyhur di kawasan perkampungan Yahudi Bani Qoinuqa'. Lokasinya pula agak jauh dengan Masjid Nabawi. Apa yg menyedihkan, orang2 Madinah juga dah lama terjerut dgn sistem jual beli Yahudi yg penuh dengan penipuan dan penindasan,  sistem perniagaan dan  pinjaman yg jahat berasaskan sistem riba yg mencekik.

Apabila Rasulullah telah menguasai Madinah,  dia telah mengatur strategi dengan memanfaatkan kepakaran Kaum Muhajirin dalam bidang perniagaan, dengan meminta Abd Rahman Bin Auf,  Utsman bin Affan, Abu Bakar Assiddiq dan lain2 sahabat utk menggantikan tempat Yahudi dalam mengusahakan perniagaan..  Dan Nabi mula mengalihkan tumpuan mesyarakat arab dari pasar Yahudi ke kawasan kaum muslimin..

Rasulullah mula mengatur langkah,  dengan setup satu kawasan lapang yg tak jauh dengan masjid sebagai Super Market Madinah..
konsep Pasar Rasulullah ini sangat menarik untuk dijadikan pedoman buat kita semua.

▶ Nabi menyediakan satu tanah yg lapang utk dijadikan pasar,  berkonsepkan Waqaf..  Pasar itu menjadi Hak bersama kaum muslimin sepertimana konsep Masjid,

▶ mengarahkan supaya kawasan pasar mudah dimasuki,  tidak disempitkan dgn binaan2,  dan tak dibenarkan pemilikan tanah tetap atau cop lokasi, (konsep siapa cepat dia dpt).

▶ pasar yg terbuka kepada semua,  tampa dikenekan bayaran cukai atau sewa keatas peniaga2 (macam org nak solat di masjid) .

▶ Mempraktikkan segala Hukum hakam islam, yg berkait dengan Hukum Muamalah (jual beli).

▶ Menugaskan Umar Al-khattab sebagai pegawai yg menjaga perjalanan undang2 pasar.

Dengan cara tu, pasar Madinah mula mendapat sambutan hangat dari Masyarakat Arab, dan secara tidak langsung,  mampu bersaing harga dengan pasar besar Yahudi... 

▶Nabi menerapkan pula dalam diri Masyarakat islam Madinah semangat Keusahawanan dengan meminta semua orang berkerja,  dan menerapkan konsep KERJA itu adalah ibadah,  pernigaan yg jujur dan amanah itu sebagai ibadah,  Pertanian dan menyuburkan Tanah2 yg telah mati juga sebagai ibadah..  Sistem pusingan aliran wang Zakat yg berpusing di antara si kaya dan si miskin..  Semuanya ada ganjaran pahala dan Syurga disisi Allah SWT...

Dengan kebijaksanaan Nabi Muhammad dan rahmat dari Allah,  Lama kelamaan, pegangan Ekonomi bangsa Yahudi semakin lama semakin lemah...  Rasulullah bukan sahaja berjaya membina Aqidah Ummah islam..  Bahkan Nabi membangunkan satu sistem ekonomi islam yg kuat..

Hari ni Seruan Ummat islam supaya boikot dan membeli produk muslim nampaknya payah benor nak berjaya...  Ada yang buat tak tahu,  Ramai lak yg perli dan yg lagi sedih lagi,  ramai pulak yang perlekehkan usaha ni.. Ada pulak yg buat acah2 bijok,  kata Nabi tak pernah boikot produk bukan muslim.  Sedangkan nabi jugak boikot perniagaan yahudi kot.. Lagi power aper..   Harap2jadi iktibar utk kita semua dan bolehlah lepas ni kita sama2 usaha utk jayakannya...  Bukan utk orang lain..  Untuk Ekonomi orang kita jugak kan...

Aik terpanjang lak cerita...  Terima kasih kepada yg sudi baca sampai abis 😁😁😊😊😊

Jumaat, 6 Disember 2013

SINAR CAHAYA AYAT KURSI



Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis antaranya :

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga.

Selasa, 6 Ogos 2013

Man Jadda Wa Jadda 'Siapa yang berusaha, dia akan berjaya'

Seorang usahawan berjaya pernah berpesan kepada saya,
“Usahawan yang gagal adalah mereka yang berhenti mencuba. Mereka menganggap yang mereka telah mencuba pelbagai cara. Namun mereka masih gagal. Mereka tidak akan menemui kejayaan dengan berhenti mencuba.”
Thomas Edison tidak pernah berhenti mencuba dan dia juga tidak pernah berasa kecewa dengan apa yang diusahakannya. Akhirnya, kita dapat menikmati malam yang lebih terang hasil kegagalan demi kegagalan beliau.

Azizi Ali, seorang jutawan yang dikenali di Malaysia juga tidak berjaya dalam perniagaan pertamanya. Malah bukan juga dengan perniagaan keduanya. Telah banyak kegagalan yang ditempuhnya dalam perniagaan, dan kemudian barulah beliau mengecapi kejayaan.

Kejayaan yang diperoleh diatas kegagalan adalah lebih manis dan lebih bermakna untuk dikenang. Ini kerana disitulah letaknya ilmu yang paling berharga dalam kehidupan kita untuk menjadi lebih berjaya pada masa depan.
Pengalaman ialah guru yang mencurahkan titis-titis ilmu kepada kita semua secara tidak langsung. Walau kadangkala ia amat memeritkan dan mengecewakan, tetapi ia tetap juga memberikan pengajaran yang tidak ternilai.

Tiada wang ringgit yang dapat dinilaikan bersamaan dengan ilmu yang diperoleh dari sebuah pengalaman. Tiada ukuran yang dapat diberikan bagi menyukat sejauh mana ataupun sebesar manakah ilmu tersebut.
Ianya merupakan sesuatu yang amat bernilai dalam hidup kita ini. Tiada apa yang setanding dengan apa juga yang kita mampu bayar bagi mendapatkan pengajaran dan ilmu yang benar-benar berharga ini.

Konsep “Man Jadda Wa Jadda”

Dalam al-Quran juga terdapat gesaan supaya setiap umatnya tidak berhenti daripada berusaha dalam mengerjakan sesuatu urusan supaya selesai. Bagi umat Islam, kita berpegang pada kata-kata keramat, “Man Jadda Wa Jadda”, yang membawa maksud bahawa “Siapa yang berusaha, dia akan berjaya.”

man jadda wa jadda

Sebagai umat Islam yang berpegang kepada kepercayaan kepada agama dan rezeki kurniaan Ilahi sepenuhnya, sudah pasti kita tidak akan sekali-kali berhenti berusaha. Malahan Allah SWT juga telah memerintahkan kita semua untuk bertebaran di muka bumi ini untuk mencari rezeki yang bersih dan halal.
Sebagai usahawan yang menjalankan perniagaan, sudah pasti ia merupakan satu kerugian sekiranya anda mahu mengalah dalam perniagaan. Ketika anda berasa seperti sudah tiada lagi hari yang cerah pada esok hari, ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa ada bersama-sama kita dalam setiap apa juga yang kita lakukan ini.

Percayalah janji-NYA kepada kita dan mohonlah, mintalah dan merintihlah kepada-NYA atas segala kesulitan yang telah menimpa anda. Percayalah bahawa tiada apa pun yang dapat menyekat rezeki anda di dunia ini melainkan maut sahaja yang akan menghentikan segala usaha dan perjuangan anda di dunia ini.

Konsep menyerah sepenuhnya kepada Allah S.W.T setelah berusaha bersungguh-sungguh. Satu bentuk mutiara kata penuh hikmah yang baik untuk dikongsi bersama. Usaha merangkumi strategi & tindakan yang berkesan untuk mendapat hasil yang terbaik. Memang benar banyak kekurangan yang kita nampak, tetapi sangat sedikit kita melihat kelebihan & kurniaanNYA yang telah diberikan kepada kita. DIA memberi dengan bersebab, begitu juga sebaliknya. Sangat penting bagi kita sebagai hambaNYA agar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keberkatan dan rahmat dariNYA. Jatuh bangun semula, jatuh bangun semula, sampai bila?…hingga kita mampu mengecap nikmatnya. Cukup hebat pemberianNYA untuk kita menadah tanda syukur atas setiap pemberianNYA yang maha segala-galanya.

Jazakallah.

Sabtu, 13 April 2013

Babi, Riba dan Orang Kita : Halal Bukan Sekadar Dalam Makanan

Orang kita sangat sensitif dengan babi. Apa jua yang berkaitan dengan babi pasti akan ditolak serta ditentang bermati-matian. Apa sahaja makanan yang disyaki punyai lemak babi atau DNA babi ini, pasti akan diboikot habis-habisan walaupun ia cuma sekadar khabar angin serta tiada bukti umum.
Jika anda masih ingat, penjualan ubat gigi jenama terkenal jatuh merudum gara-gara tersebarnya khabar angin palsu bahawa ia mengandungi tulang babi.
Ini menunjukkan betapa berhati-hatinya sikap orang Melayu-Muslim di Malaysia berkenaan dengan halal haram dalam makanan. Ia merupakan satu sikap yang terpuji dan selaras dengan kehendak syariat Islam dan disenangi Rasulullah SAW.
Namun begitu dalam tidak sedar, ada sesuatu yang “haram” yang amat dekat dengan kita tetapi langsung tidak dipandang serius walaupun ia lebih haram dan lebih membawa mudharat daripada babi.

Ianya adalah RIBA!

Ya, riba. Riba lebih besar haramnya di sisi Islam dan lebih besar mudharatnya di sisi masyarakat Islam.
Sebesar-besar dosa makan babi, besar lagi dosa riba. Dosa riba bersamaan dengan mengangkat senjata memerangi Allah.
Ia termaktub di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 275,
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
Sebesar-besar dosa makan babi, masih tidak disebut oleh Allah SWT sebagai berperang dengan-Nya. Malah Imam Abu Hanifah, pengasas Mazhab Hanafi pernah menyebut dalam mentafsirkan ayat 275 surah al-Baqarah ini sebagai “inilah antara ayat al-Quran yang paling menakutkan”.
Dalam satu lagi hadith pula, Rasulullah SAW menegaskan bahawa “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya, lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali.” (Musnad Ahmad , 2/225; Ad-Dar Qutni, hlm 295; Albani mengatakan sahih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadis Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103)
Tidak cukup itu, memakan riba dibariskan bersama 7 dosa besar di sisi islam iaitu syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil). Ia berpandukan daripada satu hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk memandang remeh berkenaan dengan isu babi di dalam makanan, tetapi ia sebagai satu peringatan khas agar kita semua membuka mata lebih luas untuk melihat satu perkara yang lebih besar daripada itu tetapi dekat amat dengan kita.
Walhal sebenarnya, dosa makan riba jauh lebih besar dari dosa makan babi.
Jika kita jijik melihat babi serta sebarang perkara dikaitkan dengan babi, samalah juga hendaknya apabila kita semua melihat perkara dalam keadaan riba dan melibatkan sebarang elemen riba.
Lihat di dalam dompet kita; 
adakah terdapat kad 
ATM perbankan konvensional? Wujudkah kad kredit bank konvensional?
Lihat pula pinjaman perumahan dan kenderaan yang kita lakukan; 
adakah ia dibuat dengan perbankan konvensional.
Kemudian lihat pula polisi insurans yang kita ambil; 
adakah ia daripada syarikat insurans konvensional?
Jika masih menggunakan item-item di atas, ketahuilah ia adalah riba dan berurusan dengannya sama dengan berperang dengan Allah, 36 kali berzina dan sebahagian daripada 7 dosa besar.

Jadi apa yang perlu dilakukan sekarang?

Yang perlu dilakukan sekarang tidak lain tidak bukan ialah HIJRAH!
Ya, HIJRAH dan BERUBAH sekarang sebelum ajal menemui kita dan bertaubat serta menyesali dosa-dosa riba yang pernah kita terlibat selama ini, semoga Allah ampunkan dosa-dosa sebelum ini.